Sunday 25 March 2012

video untuk kita sama-sama berinisiatif untuk menjaga alam sekitar. saksikan apa akan jadi jika tiada sebatang pokok di dunia ini. semuanya terdapat di dalam video di atas. SELAMAT MENONTON..!!!!!

Sunday 11 March 2012

Rancangan Mengajar (ALAM SEKITAR)


Rancangan Mengajar
Nama Kelas                   : Efektif
Bilangan Murid             : 25 Orang
Umur                             : 5 Tahun
Hari                               : Khamis
Tarikh                            : 28 / 08 / 2012
Cadangan Masa             : 40 minit (09.00 a.m – 09.40 a.m)
Tema                              : Alam Sekitar (Sayangi Alam Sekitar)
Tunjang Utama              : Tunjang Komunikasi - Bahasa Melayu
Tunjang Disepadukan    : (i) Perkembangan Fizikal dan Estetika (Tunjang Kreativiti)
                                         (ii) Tunjang Fizikal dan Estetika (Perkembangan Fizikal)
Standard Pembelajaran Utama :
     (BM 2.2.8) Bersoal jawab secara bersopan
    Standard Pembelajaran yang Disepadukan  :
(i) KTI (1.2.12) Menggunakan bahan kutipan yang sesuai untuk penghasilan sebuah karya kreatif
(ii) PFK (1.2.5) Menggunakan jari untuk menguntai objek
Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran, murid boleh :
 (i) Menyoal kanak-kanak tentang bahan alam sekitar yang dikutip seperti daun, kulit kerang,
      kulit siput dan bunga melur
(ii) Menguntai rantai leher dengan menggunakan bahan kutipan semulajadi seperti daun, kulit
     kulit kerang, kulit siput dan bunga melur.  
Pengetahuan sedia ada              : Sudah mengenali beberapa jenis bahan alam sekitar seperti daun
                                                     dan kulit siput
Penerapan Nilai                        : Bekerjasama, Tekun, Sabar, Hormat dan Berani
Alat Bantu Mengajar (ABM)   : Tali Tangsi, Kotak dan Bahan Kuipan Alam Sekitar
KBKK                                      : Menyelesaikan masalah
Fokus Kecerdasan Pelbagai     : Kinestetik Tubuh, Naturalis dan Intrapersonal
Kosa Kata                                : Daun, Kulit Kerang, Kulit Siput dan Bunga jejarum




Langkah
Masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid


  Set Induksi
(09.00-09.05)
     5 minit
-Guru membawa satu kotak magik yang ditutupi dengan sehelai kain dan bersoal jawab kepada murid apa yang terdapat di dalamnya.
  Contoh: cuba kamu semua
                teka apa yang ada
                dalam kotak magik
                ini?

-Murid teruja dan menjawab pelbagai jawapan kepada guru.  
ABM:
Kotak magik
Nilai:
Berani
KBKK:
Merespon

   Langkah 1
(09.05-09.15)
   10 minit
  
-Guru mengeluarkan bahan
  maujud daripada bahan
  kutipan alam sekitar seperti
  daun, bunga jejarum, kulit
  kerang dan kulit siput.
-Guru menyebut setiap nama
 bahan maujud tersebut. 

-Guru mengeluarkan kad
  manila yang mengandungi
  lagu tentang alam sekitar dan
  menyuruh murid-murid
  menyanyi dengan bimbingan
  guru.
-Murid melihat bahan maujud
  yang dikeluarkan oleh guru dan
  tertanya tanya apa yang akan di
  belajar pada hari itu.

-Murid mengikut guru
  dengan menyebut setiap
  nama bahan-bahan tersebut.
-Murid teruja dan gembira serta
  menyanyi lagu tersebut dengan
  bimbingan guru.
ABM:
Bahan Maujud
 seperti daun,
 bunga melur
 kulit siput dan
 kerang.
Objektif:
     (i)
Nilai:
Tekun
KBKK:
Membandingkan
dan
membezakan.




Langkah
Masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid


 Langkah 2
(09.15-09.35)
  10 minit  

 -Guru mengeluarkan tali tangsi
   dan bahan kutipan alam
   sekitar seperti daun, bunga
   jejarum, kulit siput dan kerang.
-Guru memberi arahan dan
   membuat demonstrasi tentang
   aktiviti yang akan dilakukan.

-Guru membahagikan murid
  kepada 5 kumpulan.

-Guru menyuruh dan memanggil
  kumpulan demi kumpulan
  untuk menguntai rantai leher
  dengan menggunakan bahan
   kutipan alam sekitar sebentar
   tadi

-Murid teruja dan gembira
 melihat bahan-bahan tersebut.


-Murid melihat demonstrasi
 dan mendengar arahan
 daripada guru tentang aktiviti
 yang akan dilakukan. 
-Murid mengikut arahan
  dengan membentuk
  5 kumpulan.
-Murid mengikut arahan guru
  dengan melakukan aktiviti
  menguntai rantai leher
  tersebut  mengikut kumpulan.
ABM:
Bahan maujud dan tali tangsi
Objektif:
  (ii) (iii)
Nilai:
Sabar dan
bekrjasama
KBKK:
Menyelesaikan masalah




Langkah
Masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid


      Penutup
  (09.35-09.40)
      5 minit
-Guru bersoal jawab dengan
  murid tentang apa yang di
  belajar sebentar tadi.
-Guru memberi lembaran kerja
  kepada murid.
-Murid menjawab soalan yang
 diajukan guru tentang apa yang  
 mereka belajar sebentar tadi.
-Murid menerima lembaran
 kerja yang diberikan oleh guru.


ABM:      -
Objektif:   -
Nilai:
Hormat
KBKK:    -





Impak: Seramai 23/25 orang murid dapat mengikuti proses pembelajaran pada hari itu. Hal ini
            kerana penyampaian yang disampaikan oleh guru berkesan dan alat bantu mengajar yang
            digunakan amat baik dan dapat memberikan keseronokkan kepada kanak-kanak.
            Selebihnya kanak-kanak tidak hadir ke sekolah.  










lagu alam sekitar.


mari semua,  
kita kenali,
 bahan-bahan alam sekitar,
kerang dan siput,
daun dan bunga, 
bahan dari alam sekitar kita
lalalala2x